BERITA UTAMA

Rancang tambah tiga lokasi pelancongan agro tahun depan

24 Nov 2019, 4:54 AM
Rancang tambah tiga lokasi pelancongan agro tahun depan

SEPANG, 24 NOV: Selangor merancang untuk menambah tiga lagi lokasi pelancongan agro pada tahun depan bagi merancakkan pembangunan pertanian di negeri ini.

EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata setakat ini terdapat dua lokasi pelancongan agro iaitu Pesta Udang Galah di Sabak Bernam dan Pesta Memancing di Bagan Lalang, Sepang.

"Kedua-dua aktiviti ini akan ditambahbaik sepanjang 2020 bagi membolehkan ia dikenali tidak kira dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.

"Kerajaan Negeri sentiasa mengambil serius untuk membangunkan pelancongan agro kerana ia adalah teras kelima dasar pembangunan pertanian di Selangor," katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Izham merasmikan Program Memancing Bagan Lalang, di sini yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Muhammad Faiz Fadzil.

Pada masa sama, Izham berkata lima teras pembangunan pertanian sedang rancak dikaji dan akan direalisasi Kerajaan Negeri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya ia membabitkan guna tanah, teknologi, pembangunan usahawan, pemasaran dan pelancongan agro.

"Kita juga memfokuskan pelancongan agro sebagai destinasi tarikan kerana ia boleh menambahkan pendapatan pengusaha pada masa sama.

“Banyak pengusaha berjaya dalam bidang ini tetapi mereka gagal daripada segi pemasaran, justeru kita mahu membentuk mereka supaya berjaya hingga peringkat seterusnya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619