AGENDA

Pemansuhan Akta Hasutan tidak boleh terburu-buru

21 Nov 2019, 8:48 AM
Pemansuhan Akta Hasutan tidak boleh terburu-buru

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Pemansuhan Akta Hasutan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Beliau berkata, sebaliknya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil kira implikasi pindaan berbangkit kepada perundangan lain sekiranya pemansuhan akta ini berlaku.

Mohd Azis menjelaskan terdapat peruntukan di bawah akta itu yang bersangkutan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan serta perundangan dan akta lain.

“Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) ialah kita akan memansuhkan akta ini, bagaimanapun kita kena pastikan tiada kelompangan undang-undang berlaku sekiranya akta ini dimansuhkan.

"Kita tidak mahu apabila akta ini dimansuhkan kita tercari-cari (solusi lain) dan ini akan menimbulkan masalah," katanya sebagai menjawab soalan tambahan Fahmi Fadzil (PAKATAN-Lembah Pantai) yang bertanya tentang tempoh masa bagi pemansuhan akta berkenaan ketika sesi jawab lisan.

“Jawatankuasa khas sedang giat bersidang termasuk dalam soal memastikan Akta Hasutan ini selaras dengan janji manifesto kita untuk mansuhkan, tetapi saya tidak dapat beri tempoh masa yang khusus tentang bila akta ini akan dimansuhkan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619