AGENDA

Isu jet Sukhoi, MIG-29 bermasalah tumpuan Dewan Rakyat hari ini

21 Nov 2019, 1:08 AM
Isu jet Sukhoi, MIG-29 bermasalah tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Persoalan berhubung aset pertahanan negara mengenai jet pejuang jenis Sukhoi Su-30MKM dan MIG-29 dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari ke-27, hari ini.

Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, pertanyaan itu dibangkitkan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang mahukan Menteri Pertahanan menyatakan sama ada kerajaan sedia menerima tawaran Rusia untuk mengambil balik aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia bermasalah itu jika Malaysia bersedia membeli pesawat baharu buatan negara berkenaan.

Turut mencuri tumpuan soalan daripada Noorita Syuai (PH-Tenom) kepada Menteri Pendidikan tentang status pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) jika institusi itu ditutup dan apakah perancangan kementerian tentang perkara tersebut.

Selain itu, persoalan tentang kesediaan kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan undang-undang baharu bagi memastikan keselamatan terus terjamin yang diutarakan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai), juga dijangka mendapat perhatian yang mahukan Menteri Dalam Negeri menjelaskan perkara itu.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung sehingga 5 Disember.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619