PBT

MPS perkemas unit kawalan haiwan liar

20 Nov 2019, 6:48 AM
MPS perkemas unit kawalan haiwan liar

RAWANG, 20 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan meningkatkan unit kawalan haiwan liar bagi memastikan aktiviti penangkapan anjing lebih berkesan di Bandar Tasik Puteri, di sini.

Pengarah Jabatan Korporatnya, Mohamad Zin Masoad berkata aktiviti kawalan, tangkapan dan pemasangan perangkap dijalankan bagi menyelesaikan isu berkaitan anjing liar di kawasan terbabit.

"Berdasarkan statistik dari Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 38 aduan diterima dengan penangkapan 95 ekor anjing di sekitar Bandar Tasik Puteri.

"Operasi penangkapan anjing liar yang kita laksanakan mematuhi Tatacara Operasi Piawai ditetap daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Zin berkata pihaknya menghadapi cabaran apabila terdapat pihak yang melindungi haiwan itu daripada ditangkap dan memberikan makanan sehingga menyebabkan populasi anjing liar membiak tanpa kawalan.

"Selain itu, vandalisme ke atas perangkap anjing yang dipasang MPS menyumbang kepada masalah ini," katanya.

Pada masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang menyebabkan kematian enam anjing jalanan dipercayai diracun di sini, baru-baru ini.

Susulan insiden itu, katanya pihaknya segera mengambil tindakan dengan membuat kutipan bangkai anjing dan pembersihan ke atas kawasan terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619