AGENSI

Sabri Yunus nasihat pelukis terus berkarya

13 Nov 2019, 1:21 PM
Sabri Yunus nasihat pelukis terus berkarya

SHAH ALAM, 13 NOV: Pelukis dan pengkarya seni dinasihat tidak berputus asa dalam menghasilkan karya kerana setiap satu daripadanya mempunyai peranan pada masa akan datang.

Pelakon Sabri Yunus berkata tiada kegagalan dalam hidup terutama mereka yang terbabit dalam aktiviti kesenian memandangkan ia satu bidang yang luas.

"Apa yang penting jangan sesekali kita fikir ada orang lain lagi bagus daripada kita, sebaliknya cuba untuk berusaha menghasilkan seni bersifat kreatif dan inovatif.

"Malah, saya lihat Pameran Terbuka Galeri Shah Alam hari ini menampilkan kolaboratif pengkarya seni lama dan baharu dan saya percaya ia dapat memberi ruang kepada mereka untuk menimba ilmu antara junior dan senior," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini pada Majlis Perasmian Pameran Galeri Shah Alam 2019, di sini hari ini.

Pengarah drama Pok Ya Cong Codei itu turut memuji inisiatif Galeri Shah Alam menganjurkan program berkenaan yang sedikit sebanyak memberi penghargaan kepada pengkarya seni.

"Saya percaya kesemua hasil pada pameran kali ini sudah ditapis dan diadili oleh juri bertauliah, manakala menyentuh soal kualiti pula bagi saya masing-masing mempunyai maksud tersendiri memandangkan tema adalah bebas.

"Masing-masing mempunyai genre berbeza, namun ia satu pencapaian baik daripada kesemua pengkarya seni ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619