ADN

90 peratus jalan raya di Meru uzur

8 Nov 2019, 11:33 AM
90 peratus jalan raya di Meru uzur

SHAH ALAM, 8 NOV: Hampir 90 peratus jalan raya termasuk jalan utama di kawasan sekitar Meru, Klang uzur.

Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, jalan berkenaan perlu dibaiki segera kerana ia mengundang bahaya kepada pengguna.

"Hampir sebahagian besar jalan di kawasan Meru ini dikategorikan sebagai uzur dan perlu menjalani pembaikan segera.

“Selain faktor tanah gambut, kawasan Meru juga merupakan kawasan perindustrian, jadi jalan utama di sini sememangnya dilalui oleh kenderaan berat seperti lori yang membawa lebih muatan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Pada masa sama, Mohd Fakhrulrazi berkata, pihaknya sudah berhubung dengan pihak berkuasa berkenaan masalah itu.

"Namun apa yang menjadi masalah, saya difahamkan ketika operasi dijalankan, jumlah lori yang melalui kawasan itu tidak banyak seperti hari biasa.

"Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tidak putus menjalankan pemantauan di sekitar jalan yang menjadi laluan kenderaan berat ini," katanya.

Justeru, beliau berharap supaya kerajaan dapat melihat dengan lebih lanjut berhubung perkara ini dan memberikan tumpuan khusus kepada pembaikan infrastruktur jalan raya di kawasannya.

"Ada di antara jalan yang dibaiki, namun tak lama selepas tu, ia kembali rosak, dalam soal ini saya berpendapat pemantauan perlu dijalankan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619