AGENDA

`Menteri Mat Lajak' mahu dekati komuniti basikal lajak

8 Nov 2019, 12:09 AM
`Menteri Mat Lajak' mahu dekati komuniti basikal lajak

MUAR, 8 NOV: Golongan generasi muda yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak perlu diberi bimbingan bagi menjadikan mereka insan yang berjaya dan bukan dihukum, kerana terlibat dengan kegiatan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Muar berkata, segelintir daripada masyarakat di negara ini suka menghukum dan gagal membimbing, namun sebaliknya generasi muda ini perlukan bantuan dan menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menghulur bantuan tersebut.

Katanya di sebalik kutukan yang diterimanya kerana mengambil pendirian membimbing golongan ini, beliau memilih untuk terus melatih mereka dengan pendidikan TVET, mendidik tentang keselamatan jalan raya dan memasukkan mereka ke Program Pembangunan Berbasikal Negara.

"Saya akan terus mendekati komuniti ini. Saya mahu mereka jadi anak-anak yang berjaya. Saya mahu mereka berbasikal dengan selamat dan mengasah bakat mereka dengan cermat. Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang.

"Kehilangan nyawa yang menyedihkan semua. Kita harus belajar dari kesilapan. Marilah kita mencari jalan membantu dalam membimbing golongan muda ini sehingga berjaya. Kita perlu lakukan untuk Malaysia,” katanya menerusi kenyataan bertajuk 'Menteri Mat Lajak', di sini, hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619