BERITA UTAMA

Bekalan air terawat LRA Langat 2 disalur Januari 2020

7 Nov 2019, 8:54 AM
Bekalan air terawat LRA Langat 2 disalur Januari 2020

SHAH ALAM, 7 NOV: Bekalan air terawat dari Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dijangka dapat disalurkan bermula Januari 2020, kata EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim.

Katanya, penyaluran air itu akan dilakukan secara berperingkat iaitu 325 juta liter sehari pada Januari 2020 sementara baki sebanyak 240 juta liter pula akan disalurkan pada Mac tahun yang sama.

"Ia sekali gus akan menjadikan LRA 2 menyalurkan 565 juta liter air sehari kepada penduduk," katanya ketika ditemui media ketika Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Sementara itu Izham turut menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berhubung status terkini projek pembinaan LRA Langat 2 serta projek-projek paip dan tangki air yang berkaitan.

Izham berkata, bagi pembinaan loji, kerja-kerja pembinaan telah mencapai 95 peratus berbanding jadual 100 peratus.

Katanya, bagi pelaksanakan pembinaan loji, ia telah dipecahkan kepada Stream A dan Stream B, dan kini Stream A telah siap dan sedang menjalani kerja-kerja pengujian dan pentauliahan (T&C) sejak Julai 2019 dan dijadualkan tamat pada 31 Disember, tahun ini.

"Setelah T&C tamat, bekalan air terawat boleh disalurkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk dibekalkan kepada pengguna di kawasan Kuala Lumpur Selatan dan Pusat Bandar Kuala Lumpur.

"Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa kerja ini akan siap hingga tahun 2022 adalah melibatkan tapak pelupusan enap cemar, terowong koridor utara dan kolam air ampang.

"Bagi kerja-kerja pembinaan kolam yang lain, ia akan siap secara berperingkat sebelum tahun 2020," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619