BERITA UTAMA

Selangor bakal bina satu lagi litar motor

6 Nov 2019, 1:41 PM
Selangor bakal bina satu lagi litar motor

SHAH ALAM, 6 NOV: Selangor bakal memiliki satu lagi kompleks litar lumba motor baharu di Gombak, sekali gus merancakkan lagi sukan pemotoran negeri.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan seluas 40 ekar di Mukim Batu untuk dibangunkan kemudahan sukan berkenaan.

"Untuk tujuan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai badan pengawal dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor sebagai penyelenggara akan melaksanakan proses kajian, sekali gus menuju ke arah pembinaan litar lumba di Gombak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, manakala Litar Lumba Rakyat di Kuala Selangor akan dinaik taraf dan kini di peringkat tender membabitkan kos sebanyak RM510,300.

Katanya, Kerajaan Negeri juga bersedia menilai laporan MSN terhadap cadangan pembinaan satu lagi litar lumba di Sungai Air Tawar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619