EXCO

Rumah Selangorku selaras kriteria Dasar Perumahan Mampu Milik

4 Nov 2019, 8:03 AM
Rumah Selangorku selaras kriteria Dasar Perumahan Mampu Milik

SHAH ALAM, 4 NOV: Enam kriteria utama diambil kira bagi memastikan projek perumahan mampu milik Rumah Selangorku menepati kriteria digariskan Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM).

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha berkata, antara garis panduan ditetapkan DRMM adalah harga hendaklah di bawah RM300,000 seunit.

"Kerajaan Negeri menetapkan harga Rumah Selangorku RM42,000 hingga RM250,000 berbanding kriteria ditetapkan DRMM," katanya pada sesi pertanyaan lisan persidangan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Kriteria lain ditetapkan adalah spefikasi minima rumah mampu milik hendaklah setanding dengan rumah harga bebas membabitkan bahan binaan yang mempunyai sijil SIRIM, Perakuan Pematuhan Standard (bahan binaan) dan Skim Pensijilan Sistem Penilaian Kualiti Pembinaan QLASSIC oleh CIDB.

Kriteria lain yang ditetapkan termasuk, kawalan pemilikan rumah mampu milik, kawalan pembangunan rumah mampu milik dan kouta pemilikan bumiputra.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619