BERITA UTAMA

Haniza: Bayar sewa, dapat pulangan tunai 30 peratus

26 Mac 2020, 7:08 AM
Haniza: Bayar sewa, dapat pulangan tunai 30 peratus

SHAH ALAM, 26 MAC: Peserta Skim Smart Sewa yang tetap membuat bayaran bulanan meskipun boleh ditangguh, layak menikmati pulangan tunai 30 peratus.

EXCO Perumahan Haniza Mohamed Talha berkata manfaat tersebut akan diperolehi bagi tempoh tiga bulan bermula April.

"Kelonggaran diberikan kepada semua penyewa untuk menangguhkan bayaran bermula April sehingga Jun 2020, namun jika penyewa mahu menjelaskannya seperti biasa iaitu sebelum atau pada 7 hari bulan, ia dibolehkan.

"Penyewa akan mendapat 30 peratus pemulangan balik daripada sewa bersih," katanya kepada SelangorKini, hari ini.

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berupaya memiliki Rumah Selangorku untuk memiliki kediaman sendiri.

Pada 20 Mac lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan penangguhan bayaran sewa tiga bulan bagi 2,700 peserta Skim Smart Sewa dengan peruntukan RM600,000.

Ia antara tujuh inisiatif yang terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Covid-19 kepada golongan yang terkesan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619