EXCO

Karnival bola sepak jemputan PNSB gilap bakat pemain muda

2 Nov 2019, 3:40 AM
Karnival bola sepak jemputan PNSB gilap bakat pemain muda
Karnival bola sepak jemputan PNSB gilap bakat pemain muda

SHAH ALAM, 2 NOV: Karnival Bola Sepak Jemputan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Tahun 2019 terus menjadi medan kepada kanak-kanak mempamerkan bakat di samping membangun daya juang tinggi dan memperbaiki kemahiran sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, penganjuran program sebegini juga membolehkan pemain memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan peserta.

“Saya ingin menasihatkan semua peserta supaya bermain dengan penuh semangat kesukanan.

“Semua perlu ingat bermain menggunakan otak, bukan menggunakan lutut. Jika bermain dengan lutut maka akan timbul insiden kaki ke muka pihak lawan,” katanya.

[caption id="attachment_362813" align="aligncenter" width="693"] Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Dato' Sri Ahmad Omar menyepak bola gimik perasmian pada Program Karnival Bola Sepak Jemputan PNSB 2019 di Padang C MBSA Seksyen 14, Shah Alam.2 November 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.[/caption]

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis yang berlangsung di Padang C Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 14, di sini.

Karnival tahunan anjuran Kelab Bolasepak PNSB sejak tahun 2006 ini disertai 32 pasukan terdiri daripada akademi bola sepak seluruh Selangor dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 10 Tahun dan Bawah 8 Tahun.

Juara Bawah 12 Tahun bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500 beserta piala sementara Bawah 10 Tahun dan Bawah 8 Tahun masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300 dan piala.

Dalam majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Dato’ Sri Ahmad Omar berkata, PNSB turut menubuhkan Akademi Bola Sepak Young Starz sejak April 2007.

Katanya, sehingga kini seramai 150 orang pelatih aktif dan 250 orang pelatih berdaftar sebagai ahli.

“Penubuhan Young Starz yang bernaung di bawah Kelab Bola Sepak PNSB bertujuan memberi peluang kepada semua peserta berumur 8 hingga 12 tahun dan remaja 14 hingga 17 tahun menggilap bakat serta potensi ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619