AGENSI

Belanjawan #Selangor2020 tidak pinggir kebajikan Orang Asal

1 Nov 2019, 10:35 AM
Belanjawan #Selangor2020 tidak pinggir kebajikan Orang Asal
Belanjawan #Selangor2020 tidak pinggir kebajikan Orang Asal

SHAH ALAM, 1 NOV: Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asal akan diwujudkan bagi menyelaras dan memantau projek dan program berkaitan Orang Asal di Negeri Selangor.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata sejumlah RM500,000 diperuntuk bagi pembangunan modal insan dan kebajikan seperti membaik pulih rumah, melaksanakan program pembangunan infrastruktur serta peningkatan kesihatan dan ekonomi mereka.

"Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan usaha pembangunan dilaksanakan secara seimbang dan menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar dan di perkampungan Orang Asal," katanya ketika membentang Belanjawan #Selangor2020 di sini hari ini.

Kerajaan Negeri turut meneruskan Biasiswa Sagong Tasi untuk anak Orang Asal di sekolah menengah yang menepati kriteria ditetapkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619