AGENDA

Dana Bank Makanan Selangor: RM5 juta bantu miskin bandar

1 Nov 2019, 10:15 AM
Dana Bank Makanan Selangor: RM5 juta bantu miskin bandar
Dana Bank Makanan Selangor: RM5 juta bantu miskin bandar

SHAH ALAM, 1 NOV: Program Bank Makanan Selangor dilaksanakan di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) bermula 2020 dengan mengkhususkan bantuan kepada keluarga dari miskin bandar.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata dana permulaan RM5 juta akan dilancarkan bagi membantu golongan miskin bandar di Selangor.

"Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2,000 keluarga di seluruh negeri dan akan dilaksanakan dengan kerjasama Penggerak Belia Tempatan (PeBT), sukarelawan Team Selangor, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN serta pejabat parlimen," katanya.

Bagi program miskin bandar ataupun Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan menerima RM2.5 juta, Amirudin berkata peruntukan bertambah RM500,000 berbanding tahun lalu.

Beliau berkata program itu dapat meningkatkan taraf ekonomi individu yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan atau pendapatan seisi rumah bawah RM3,000 terutama melibatkan peniaga kecil.

Katanya, pemberian bantuan berbentuk peralatan atau mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan dan hanya diberi kepada pemohon yang berkelayakan sahaja.

"Kesinambungan ini dilakukan bagi memberdayakan warga miskin bandar, dan sebagai tanda kepedulian dan keprihatinan berterusan dalam membantu meringankan bebanan rakyat miskin dalam menghadapi tekanan ekonomi yang tidak menentu.

"Kerajaan Negeri sentiasa mempelbagaikan inisiatif dalam mengupayakan rakyat untuk keluar daripada kitaran kemiskinan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619