AGENDA

RM6.85 juta perkasa sisa pepejal dan kitar semula

1 Nov 2019, 9:20 AM
RM6.85 juta perkasa sisa pepejal dan kitar semula

SHAH ALAM, 1 NOV: Sejumlah RM6.85 juta diperuntuk untuk pengurusan sisa pepejal dan sampah pukal strata bagi tahun 2020.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata hal itu bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak memiliki dana mencukupi bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya purata jumlah sampah yang dikutip adalah kira-kira 7,000 tan sehari membabitkan 500 tan di kawasan kampung dengan anggaran jumlah penduduk luar bandar 2.2 juta orang.

"Dalam konteks pengurusan sisa pepejal domestik di kawasan kampung, isu longgokan sampah tidak terkawal serta pembuangan sampah oleh pihak luar yang tidak bertanggungjawab adalah cabaran kepada Kerajaan Negeri.

"Tanpa mengenepikan faktor migrasi bandar dan limpahan pembangunan ke kawasan luar bandar, sudah pasti jumlah sampah ini akan terus meningkat," katanya pada pembentangan Belanjawan #Selangor2020.

Pada masa sama, Amirudin berkata Kerajaan Negeri amat prihatin dan sentiasa komited dalam

memastikan setiap perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan secara holistik bagi mewujudkan persekitaran kehidupan berkualiti serta pembentukan masyarakat yang sejahtera.

"Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri akan memberi fokus kepada pewujudan Pusat Kitar Semula yang komprehensif di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras konsep ekonomi kitaran iaitu Waste to Wealth.

"Justeru, bagi menjayakan hasrat itu pada tahun 2020 Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM600,000 bagi mewujudkan Pusat Kitar Semula yang komprehensif di semua PBT," katanya.

Antara lain:

-Kerajaan Negeri memperuntukan RM500,000 bagi pelbagai program konservasi sungai termasuk program Sahabat Sungai (Friends of River)

-RM 500,000 sebagai projek perintis kitar semula yang membabitkan beberapa kampung terpilih

-RM1.5 juta melalui PBT akan mewujudkan kesukarelawanan hijau dalam kalangan komuniti setempat bagi melaksanakan program secara berkala bagi menghijaukan alam sekitar, mengindahkan landskap, menjaga kebersihan kawasan sekitar dan memastikan kawasan masing-masing bebas dari pembakaran terbuka dan pencemaran

-Sasaran 21 Sahabat Sungai akan diwujudkan dengan kerjasama pelbagai pihak pada tahun 2020

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619