AGENDA

Empat institusi tahfiz Selangor terima RM37.18 juta

1 Nov 2019, 9:03 AM
Empat institusi tahfiz Selangor terima RM37.18 juta

SHAH ALAM, 1 NOV: Empat institusi pendidikan maahad tahfiz di negeri ini menerima peruntukan RM37.18 juta untuk pembangunan.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata Sekolah Rendah Agama (SRA) Denai Alam memperoleh RM4 juta manakala SRA Bandar Country Homes RM6 juta.

"Sementara itu Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar menerima peruntukan sebanyak RM8 juta dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Kampung Pandan terima RM8.03 juta," katanya ketika membentang Belanjawan #Selangor2020.

Program Fast Track SPM Huffaz pula menerima peruntukan RM1.9 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619