AGENSI

Pasang solar di bangunan kerajaan, PBT

1 Nov 2019, 8:57 AM
Pasang solar di bangunan kerajaan, PBT
Pasang solar di bangunan kerajaan, PBT

SHAH ALAM, 1 NOV: Tumpuan lebih akan diberikan kepada pembangunan teknologi hijau bagi memastikan Selangor ke aras negeri yang melaksanakan pembangunan mampan secara holistik.

Bagi tujuan itu, Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri akan melaksanakan pemasangan solar di bangunan kerajaan bermula tahun depan.

"Baru-baru ini kita dikejutkan dengan gelombang Greta Thunberg yang menjana pergerakan menuntut keperihatinan terhadap isu pemanasan global.

"Greta menjadi perhatian kerana anak gadis ini baru berusia 16 tahun dan mesej beliau yang jelas dan kerap agak garang, pastinya dia bukanlah sosok terawal yang menukilkan perihal pemanasan global.

"Namun anak muda ini kini menjadi suri tauladan kepada kita untuk bersikap serius terhadap permasalahan alam sekitar demi generasi masa hadapan," katanya pada pembentangan Belanjawan #Selangor2020 di Dewan Negeri hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri juga menggalakkan semua Pihak Berkuasa Tempatan memperluaskan pemasangan panel solar di bangunan dan kawasan seliaannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619