AGENDA

Program pendidikan Islam terima RM237.89 juta

1 Nov 2019, 8:49 AM
Program pendidikan Islam terima RM237.89 juta
Program pendidikan Islam terima RM237.89 juta

SHAH ALAM, 1 NOV: Sebanyak RM237.89 juta diperuntukkan bagi program pendidikan Islam menerusi Belanjawan #Selangor2020, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, usaha Kerajaan Negeri untuk menyemarakkan pendidikan Islam adalah berasaskan keinginan bagi membangunkan jiwa-jiwa soleh yang mampu memimpin umran ataupun tamadun.

"Pendidikan Islam seharusnya bagaikan hujan lebat yang menyuburkan tanah buat kita bercucuk tanam bukannya api besar yang membakar hangus manusia dan bumi ini," katanya.

Peruntukkan diagihkan antaranya;

-RM199.82 juta buat pembayaran gaji guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain serta kakitangan kontrak dalam sektor pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.

-RM1.9 juta program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia Huffaz.

-RM37.18 juta pembangunan institusi maahad tahfiz.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619