AGENSI

Mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat

29 Okt 2019, 12:38 AM
Mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat

SHAH ALAM, 29 OKT: Jumlah mangsa banjir di empat buah Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Kuala Selangor dekat sini terus merekodkan peningkatan apabila seramai 869 orang ditempatkan di pusat itu setakat jam 8 pagi ini.

Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam satu kenyataan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (S.K) Parit Mahang kini menempatkan 600 mangsa daripada 167 keluarga berbanding 591 mangsa daripada 164 keluarga, semalam.

"Turut menunjukkan peningkatan ialah di S.K Pasangan, yang mencatatkan 150 mangsa daripada 50 keluarga berbanding 117 mangsa daripada 37 keluarga semalam, manakala dua lagi PPS iaitu di S.K Jaya Setia dan S. K Ijok pula kekal dengan masing-masing 47 mangsa daripada 16 keluarga dan 72 mangsa daripada 49 keluarga," katanya.

Kenyataan itu menyebut SSCC akan terus memantau situasi banjir di kawasan terlibat selain menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619