AGENDA

Kereta terbang kedua dengan teknologi baharu tahun depan

17 Okt 2019, 7:41 AM
Kereta terbang kedua dengan teknologi baharu tahun depan

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Kereta terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga (Q3) tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan telah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.

“Versi kedua menggunakan teknologi baharu dan kita telah berbincang sama ada ia boleh dilakukan, dan sekiranya ada minat di negara ini, untuk mengadakan penerbangan pertama pada suku ketiga tahun depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 awal tahun ini, kementerian telah mempamerkan prototaip kenderaan terbang yang dinamakan ‘Vector’.

Menurut pembina Aerodyne, “Vector” bukanlah kereta terbang yang paling dinanti-nantikan tetapi sistem pengangkutan udara dari titik ke titik.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619