AGENDA

Nahas bas di Turki: MB zahir ucapan takziah

17 Okt 2019, 3:59 AM
Nahas bas di Turki: MB zahir ucapan takziah
Nahas bas di Turki: MB zahir ucapan takziah

SHAH ALAM, 17 OKT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Allahyarham Azalan Miswan yang meninggal dunia di Turki, semalam.

Katanya, beliau turut mengikuti dengan dekat perkembangan rawatan kesemua mangsa di Hospital Afyonkaranhisar.

"Allahyarham bersama 24 lagi anggota Persatuan Kebajikan Pekerja PKNS dan pasangan terbabit dengan kemalangan berdarah sewaktu dalam perjalanan bas dari Pamukkale ke Capadoccia.

"Mereka dijadualkan berada di Turki sehingga 21 Oktober ini dalam rangka lawatan tahunan mereka. Bagaimanapun, bas yang dinaiki kemalangan menyebabkan 10 penumpang tercedera," katanya dalam kenyataan.

Amirudin turut mendoakan semua yang terbabit diberikan kesembuhan segera.

"Saya berharap jenazah yang akan diterbangkan ke Malaysia selamat dalam perjalanannya ke sini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu, terutamanya Kedutaan Besar Malaysia di Ankara. Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan," katanya.

Dalam kenyataan lain, PKNS dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Turki dan Wisma Putra sedang berusaha membawa pulang segera semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Afyonkarahisar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619