ADN

Kejohanan E-Sukan Gen-S di Sepang meriah

13 Okt 2019, 9:57 AM
Kejohanan E-Sukan Gen-S di Sepang meriah
Kejohanan E-Sukan Gen-S di Sepang meriah
Kejohanan E-Sukan Gen-S di Sepang meriah

OLEH ALIFF HAIKAL

CYBERJAYA, 13 OKT: Kejohanan E-Sukan Gen-S anjuran  Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama pejabat belia daerah dijangka menerima 1,000 penyertaan sepanjang Oktober ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah berkata, sasaran itu mampu dicapai memandangkan kejohanan sempena Sambutan Bulan Sukan Negara yang berlangsung di Dpulze Shopping Centre, di sini menerima sambut amat memberangsangkan.

"Kejohanan kali pertama yang dianjurkan di pusat membeli belah ini menerima penyertaan amat memberansangkan.

"Hari ini sahaja, seramai 5,000 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan E-Sports Gen-S dan Sambutan Bulan Sukan Negara @ Sepang di Dpulze Shopping Centre, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MPSepang, Hafiz Shaari, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Selangor, Faizal Tarmizi dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Sabran Bahar.

Selain pertandingan Mobile Legend, kejohanan ini turut menyajikan acara lain seperti pertandingan Beyblade, Street Workout dan Gusti Lengan.

Sementara itu, Hafiz Shaari berharap kejohanan ini bukan sahaja dapat memupuk gaya hidup sihat, malah  dapat menyatukan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619