PBT

MDKS jalan operasi perobohan struktur binaan haram

12 Okt 2019, 12:03 AM
MDKS jalan operasi perobohan struktur binaan haram

OLEH ALIFF HAIKAL

KUALA SELANGOR, 12 OKT: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menjalankan operasi meroboh struktur binaan gerai di atas rizab jalan di Bestari Jaya pada 26 September lalu, di sini.

Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MDKS, Faezah Aziz berkata, berdasarkan keputusan mesyuarat, notis roboh dan arahan mengosongkan bangunan telah dikeluarkan kepada pemilik bangunan tersebut pada 24 Julai lalu.

"Sebanyak empat buah struktur bangunan telah dirobohkan dan tindakan tegas diambil terhadap pemilik strukur bangunan yang menggunakan rizab jalan sebagai tempat perniagaan makanan.

"Operasi ini dijalankan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu membina, menegakkan, mendirikan dan menyenggara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan atau diselenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda atau lain-lain halangan di mana-mana tempat awam," katanya.

Operasi perobohan itu berjalan lancar dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor dan Tenaga Nasional Berhad.

Faezah berkata, MDKS sentiasa memantau kawasan yang mempunyai kesalahan sama dari masa ke semasa dan memerlukan kerjasama orang ramai agar melaporkan segera kepada MDKS jika melihat perkara ini berulang.

"Orang ramai digesa dapat mematuhi arahan agar tidak membina sebarang struktur di kawasan yang tidak dibenarkan dan tindakan tegas bakal dikenakan kepada mereka yang ingkar," katanya.

Sebarang aduan berkaitan perkhidmatan MDKS boleh disalurkan secara dalam talian di selangor.spab.gov.my atau hubungi 03-32891439.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619