AGENDA

Belanjawan 2020 pacu perkembangan positif golongan muda

11 Okt 2019, 11:41 PM
Belanjawan 2020 pacu perkembangan positif golongan muda

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai 'Belanjawan Anak Muda 2020' dan mampu memacu perkembangan positif kepada golongan anak muda terutamanya dalam memberi peluang pekerjaan berkualiti.

Beliau berkata, banyak penambahbaikan dirancang kerajaan menerusi peruntukan Belanjawan 2020 termasuk suntikan dana khas berjumlah RM6.5 bilion untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan tahun depan.

"Pada masa sama, ia bukan sahaja tentang peluang pekerjaan baharu, kita juga lihat sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sangat dekat dengan anak muda khususnya yang berlatar belakang daripada keluarga B40 ada peningkatan RM200 juta.

“Ini tidak termasuk dengan kenaikan elaun anak-anak TVET di setiap intitusi TVET sebanyak RM100 sebulan. Inilah hala tuju yang kita mahukan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2020 semalam.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, mengumumkan inisiatif MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

MalaysiaKerja terbahagia kepada empat program iaitu GraduanKerja (Graduates@Work), WanitaKerja (Women@Work), WatanKerja (Locals@Work) dan PerantisKerja (Apprentice@Work) yang disasarkan kepada pekerja dan majikan dengan menyediakan pelbagai insentif.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619