SELANGOR

3,000 sertai 'UiTM Glow Fun Walk, Zumba'

28 Sep 2019, 12:24 AM
3,000 sertai 'UiTM Glow Fun Walk, Zumba'

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 28 SEPT: Lebih 3,000 peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sertai program "UiTM Glow Fun Walk & Zumba" sempena sambutan hari sukan universiti sedunia (IDUS) semalam.

Program anjuran UiTM itu dirasmikan sendiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Dr Azizan Abdullah bertempat di pusat sukan.

"Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan budaya cergas, sihat dan bersatu melalui penyertaan terutamanya dari kalangan pelajar," katanya kepada SelangorKini.

Antara pengisian program tersebut ialah acara bola keranjang, galah panjang, basikal lambat dan sepakraga bulatan.

"Peserta juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan UiTM dan pelajar serta mewujudkan masyarakat kampus aktif bersukan," katanya.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Pelajar, Bahrin Othman dan Pengarah Pusat Sukan, Mustaza Ahmad.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619