EXCO

SUKMA 2022: Peluang cerah Selangor jadi tuan rumah

22 Sep 2019, 6:03 AM
SUKMA 2022: Peluang cerah Selangor jadi tuan rumah

BANGI, 22 SEPT: Peluang Selangor untuk dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 semakin cerah selepas beberapa negeri mula menyatakan sokongan masing-masing.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, sokongan itu dizahirkan dalam Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman di pejabat beliau di Putrajaya, Khamis lalu.

"Saya dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor membentangkan cadangan untuk jadi tuan rumah pada 2022, kita ada kemudahan lengkap seperti yang dibentangkan dan Menteri sangat berpuas hati.

"Selepas mereka dengar pembentangan kita, peluang Selangor sangat baik dan kita ada berhubung dengan Menteri, Pengarah Majis Sukan Negara dan beberapa EXCO negeri, saya yakin kita dapat jadi tuan rumah 2022 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Media Selangor pada Kejohonan Badminton Beregu, Pesta Sukan Gen-S Penggiat Belia Tempatan Majlis Perbandaran Kajang di Dewan Badminton Uptown Sport Bangi di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, mesyuarat itu turut dihadiri EXCO dan Menteri Belia dan Sukan bagi setiap negeri.

Bagaimanapun katanya, Sabah turut menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah.

"Setakat ini saingannya adalah Sabah yang menyatakan minat tetapi hujah kita Sabah baru sahaja jadi tuan rumah pada 2002 manakala Selangor kali terakhir jadi tuan rumah pada 1998," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619