AGENDA

Khazanah jual aset tidak menguntungkan - Dr Mahathir

20 Sep 2019, 2:02 PM
Khazanah jual aset tidak menguntungkan - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Khazanah Nasional Bhd akan menjual aset yang “tidak menguntungkan kepada kami” untuk mengumpul dana bagi membayar hutang negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, katanya tiada keputusan dibuat bagi Khazanah menjual seluruh asetnya.

"Tidak, mereka hanya mengkaji sama ada mereka perlu (jual) atau tidak, bagaimanapun tiada keputusan dibuat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di sini hari ini.

Beliau berkata, aset-aset yang tidak berbaloi disimpan akan dijual untuk mengumpul dana bagi membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

"Perlu ingat bahawa kerajaan sebelum ini telah meminjam lebih U$1 trilion yang menjadi beban kepada kami. Mereka meminjam dan wang itu tidak dilaburkan.

"Jika wang tersebut dilaburkan, kami (akan dapat) pergi ke syarikat berkaitan dan mendapatkan semula wang itu, tetapi kami tidak tahu di mana wang tersebut," katanya.

Perdana Menteri berkata Khazanah pada mulanya ditubuhkan untuk membeli saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera tetapi ia telah pergi lebih daripada itu.

“Itu bukan mandat asal Khazanah tetapi kini kami cuba untuk kembali kepada objektif asal," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619