AGENDA

303 sekolah di Perak dibuka semula esok

18 Sep 2019, 3:37 PM
303 sekolah di Perak dibuka semula esok

IPOH, 18 SEPT: Semua 303 sekolah di beberapa daerah di Perak yang ditutup hari ini disebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap sangat tidak sihat akan beroperasi seperti biasa esok.

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, pembukaan semua sekolah di daerah Manjung (102), Hilir Perak (71), Bagan Datuk (67) dan Perak Tengah (63) itu dibuat kerana keadaan IPU di kawasan itu bertambah baik.

"Bacaan IPU di Stesen Seri Manjung pada 5 petang berada di bawah 200 iaitu tidak sihat dan trend bacaan semakin menurun," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Mohd Suhaimi berkata, sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan pihak sekolah diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard ditetapkan selain mengutamakan kesihatan murid serta guru sepanjang masa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619