BERITA UTAMA

Kerajaan Negeri ambil tindakan tegas jika ada pembakaran terbuka

16 Sep 2019, 6:48 AM
Kerajaan Negeri ambil tindakan tegas jika ada pembakaran terbuka
Kerajaan Negeri ambil tindakan tegas jika ada pembakaran terbuka

KLANG, 16 SEPT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari memberi amaran tegas kepada pemilik tanah yang sengaja melakukan pembakaran terbuka tatkala jerebu teruk sedang melanda Selangor, pada waktu ini.

Beliau berkata, buat masa ini Kerajaan Negeri terus memantau lokasi panas yang dipercayai berisiko untuk berlaku pembakaran terbuka oleh pemilik tanah yang tidak bertanggungjawab.

"Kita percaya mereka lakukan pembakaran terbuka ini pada waktu malam dan ia menyukarkan pihak bertanggungjawab membuat sebarang tangkapan, tuan tanah pun kita tidak tahu di mana mereka berada.

"Namun demikian, Kerajaan Negeri akan terus ambil tindakan tegas supaya keadaan jerebu tidak bertambah buruk," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Debat dan Pidato Peringkat Kebangsaan 2019 di Hotel Gocos di sini, hari ini.

[caption id="attachment_352458" align="aligncenter" width="500"] Amirudin Shari bersama pemenang selepas Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor kali ke-11 2019 di Hotel Gocos, Klang pada 16 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu SelangorKini pada 13 September melaporkan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian menegaskan pemilik tanah yang dikesan kerap melakukan pembakaran terbuka di Johan Setia hingga mengundang peningkatan Indeks Pencemaran Udara bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk rampasan tanah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Pejabat Tanah dan Daerah untuk mengenal pasti pemilik tanah berikutan kebanyakan tanah di kawasan terbabit adalah milik persendirian selain berstatus pertanian.

Tindakan itu dilakukan ekoran pemilik tanah tidak berusaha membantu Kerajaan Negeri untuk mengelakkan daripada berlakunya pembakaran terbuka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619