BERITA UTAMA

MB: Kerajaan Negeri terus pantau tangani jerebu

14 Sep 2019, 12:36 AM
MB: Kerajaan Negeri terus pantau tangani jerebu
MB: Kerajaan Negeri terus pantau tangani jerebu

KUALA SELANGOR, 14 SEPT: Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan semasa dan mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah jerebu melanda Selangor.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sehingga kini kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat hanya di kawasan Johan Setia iaitu melebihi 200.

Katanya, pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa dan jika bacaan IPU semakin mencatatkan paras berbahaya, Kerajaan Negeri akan membuat tindakan susulan.

"Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) masalah jerebu akan berlarutan sehingga awal Oktober dan ia mungkin secara 'on-off'.

"Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga diri dan kurangkan aktiviti di luar rumah," katanya.

[caption id="attachment_352071" align="aligncenter" width="500"] Amirudin Shari berucap ketika Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 DUN Bukit Melawati di padang Sekolah Kebangsaan Pasangan Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada 13 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media Selangor selepas merasmikan Malam Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati di padang Sekolah Kebangsaan Pasangan Kampung Kuantan di sini, malam tadi.

Terdahulu, Johan Setia kekal sebagai kawasan tunggal di Selangor merekodkan IPU di paras sangat tidak sihat dengan bacaan melebihi 200.

Selain itu, turut sama terjejas iaitu lima kawasan di Selangor direkodkan pada paras tidak sihat antaranya Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Banting dan Kuala Selangor.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mengarahkan 29 sekolah di Klang dan Kuala Langat ditutup ekoran masalah pencemaran udara itu, kelmarin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619