BERITA UTAMA

EXCO: Laksana pembenihan awan di kawasan IPU lebih 200

13 Sep 2019, 12:36 AM
EXCO: Laksana pembenihan awan di kawasan IPU lebih 200
EXCO: Laksana pembenihan awan di kawasan IPU lebih 200
EXCO: Laksana pembenihan awan di kawasan IPU lebih 200

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 13 SEPT: Kerajaan Negeri mengambil ketetapan untuk melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, iaitu ditahap sangat tidak sihat.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, langkah itu dipersetujui Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), semalam.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri juga perlu diaktifkan apabila IPU mencatatkan bacaan antara 151-200 (melebihi 24 jam) iaitu tahap tidak sihat selain membekalkan dust mask (penutup muka) kepada orang awam.

"Semua sekolah, tadika dan taska diarah tutup serta merta sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200 selepas mendapat pengesahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

"Bagi menangani masalah jerebu ini, Kerajaan Negeri mengunapakai Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Loy Sian turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa dan tidak melakukan pembakaran terbuka selain bekerjasama memadam kebakaran kecil.

[caption id="attachment_351679" align="aligncenter" width="740"] Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong, memakai topeng hidung dan mulut sebagai langkah keselamatan ekoran keadaan jerebu pada tahap tidak sihat pada 12 September 2019.-Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar rumah dan mengikuti makluman IPU semasa yang boleh dimuat turun melalui aplikasi MyIPU untuk maklumat kualiti udara bagi semua stesen pemantauan di seluruh negara.

“Untuk mendapatkan maklumat IPU semasa di kawasan masing-masing, orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyIPU daripada Google Play atau App Store secara percuma di telefon pintar atau melalui laman sesawang JAS www.doe.gov.my atau apims.doe.gov.my,” katanya.

Tahap bacaan IPU Baik (bawah 50), Sederhana (IPU 51 hingga 100), Tidak Sihat (IPU 101 hingga 200), Sangat Tidak Sihat (IPU 201 hingga 300) dan Berbahaya (IPU melebihi 300).

Orang awam yang mahu menyalurkan maklumat berkaitan pembakaran terbuka juga boleh menghubungi JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Ibu Pejabat JAS Malaysia (03-88712000) atau menghubungi Bilik Kawalan JAS Selangor (03-55197233).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619