SELANGOR

MB zahir ucapan takziah pemergian bekas presiden Indonesia

11 Sep 2019, 3:28 PM
MB zahir ucapan takziah pemergian bekas presiden Indonesia

SHAH ALAM, 11 SEPT : Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga presiden ketiga Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie yang meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, hari ini.

Amirudin menerusi laman sosialnya turut mendoakan allahyarham yang berusia 83 tahun itu dicucuri rahmat dan dikurniakan husnul khatimah.

"Menerima khabar duka dari seberang atas kembalinya ke rahmatullah Bapak BJ Habibie, sebentar tadi.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat," tulisnya.

Terdahulu dilaporkan anak lelakinya, Thareq Kemal yang dipetik media tempatan memberitahu bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat, selepas menjalani rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 1 September lalu.

BJ Habibie adalah Presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan ‘asphyxia’.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619