EXCO

Mee Kejung Abam Bocey di Selangor Agrofest 2019

3 Sep 2019, 8:54 AM

SHAH ALAM, 3 SEPT: Peminat 'Mee Kejung Abam Bocey' berpeluang menikmati air tangan selebriti terkenal itu di Selangor Agrofest 2019 bermula 5 hingga 8 September ini.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, merupakan antara peserta yang bakal berniaga sepanjang festival pertanian terbesar anjuran Kerajaan Negeri di Bulatan Bazarena Shah Alam.

Resepi mee kejung warisan turun temurun keluarga Abam Bocey itu boleh didapati sepanjang program yang bermula seawal jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan Abam dan Achey dari kumpulan Bocey pada Sabtu, 7 September.

Selangor Agrofest 2019 bertemakan 'Permodenan Pertanian Ke Arah Kehidupan Lestari' dijangka menerima kehadiran lebih 120,000 pengunjung akan memfokuskan kepada penanaman dan penternakan berpulangan tinggi serta moden.

EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, sasaran itu berdasarkan sambutan menggalakkan diterima terhadap penganjuran sama yang diadakan di Kuala Selangor, tahun lalu.

Antara aktiviti lain yang dianjurkan adalah pameran dari jabatan dan agensi pertanian, jualan ayam segar RM10 seekor, persembahan artis serta riang ria bersama Didi & Friends.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619