AGENDA

Jakim sokong Johor guna tulisan jawi dalam urusan agama Islam

3 Sep 2019, 8:20 AM
Jakim sokong Johor guna tulisan jawi dalam urusan agama Islam

PUTRAJAYA, 3 SEPT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menggunakan tulisan jawi dalam urusan surat menyurat kerana ia dilihat dapat memartabatkan tulisan jawi.

Pelaksanaan inisiatif itu akan bermula 1 Januari tahun depan yang melibatkan JAINJ dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta urusan diperingkat pejabat kadi, sekolah-sekolah agama dan digunakan dalam teks-teks ucapan.

Mujahid berkata di Jakim, bagi setiap program kira-kira 25 peratus daripada poster atau bahan-bahan berkaitan program menggunakan tulisan jawi.

"Esok kita akan lancar satu program iaitu minggu jawi dan setiap hari Jumaat, kita akan minta semua staf pakai tanda nama bertulisan jawi," katanya kepada media selepas merasmikan forum antarabangsa pertama mengenai ‘Pemikiran Islam (I-FiT): Menggalakkan Maqasid Syariah Ke Arah Tadbir Urus yang Ehsan’, di sini hari ini.

Mengenai forum hari ini, Mujahid berkata program itu akan dijadikan acara tahunan bagi membincangkan prinsip Maqasid Syariah khususnya dalam kerangka Malaysia.

"Kita akan menggunakan platform ini untuk menyentuh isu-isu Islam semasa yang mana kita ambil juga pandangan-pandangan dari luar negara lalu kita jadikan ia sebagai prosiding yang kita ambil untuk kita baiki dasar-dasar yang kita sedang rangka,”katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619