ADN

Pasang CCTV cekup pembuang sampah haram

2 Sep 2019, 3:45 AM
Pasang CCTV cekup pembuang sampah haram

SERI KEMBANGAN, 2 SEPT: Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah memperuntukkan RM10,000 bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di kawasan industri, di sini.

Katanya, usaha itu dibuat berdasarkan aduan pengusaha industri kecil dan sederhana serta penduduk setempat ekoran lambakan sampah haram di kawasan terbabit, sejak akhir-akhir ini.

"Apabila CCTV ini dipasang lebih awal, mungkin kita akan berjaya mengurangkan, sekali gus mencegah masalah pembuangan sampah secara haram ini.

"Saya berharap supaya individu tidak bertanggungjawab ini akan dapat dicekup segera dan berkemungkinan pada masa akan datang saya akan menambah lagi jumlah CCTV," katanya.

Hian Wah berkata, kebanyakan sampah yang dibuang adalah hasil sisa domestik dan industri serta dipercayai dilakukan oleh pekerja warga asing berhampiran.

Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila kenderaan lama turut dibuang di lokasi sama.

"Saya mencadangkan supaya Majlis Perbandaran Subang Jaya menunda kenderaan buruk serta terbiar ini memandangkan ia juga menghalang laluan orang awam," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619