AGENSI

Hidup harmoni: Bebaskan diri dari benci, prasangka dan adu domba

31 Ogos 2019, 8:27 AM
Hidup harmoni: Bebaskan diri dari benci, prasangka dan adu domba

SHAH ALAM, 31 OGOS: Masyarakat disaran untuk terus meningkatkan sikap saling menghormati sekali gus menolak benci, prasangka dan mengadu domba sempena Sambutan Kemerdekaan kali ke-62.

Peringatan itu dizahirkan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad bagi memastikan kehidupan yang lebih harmoni dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

"Kemerdekaan bukan laungan 'Merdeka' semata-mata, marilah bersama tanamkan sifat saling menghormati dan sebarkan kasih sayang.

"Barulah hidup bahagia, negara pun akan menjadi aman dan damai," katanya menerusi kenyataan di laman instagram rasminya, hari ini.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.’

Pemilihan tema itu menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan negara dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619