AGENDA

MPSJ sedia berstatus bandar raya, tunggu 'lampu hijau' Kabinet

30 Ogos 2019, 4:15 AM
MPSJ sedia berstatus bandar raya, tunggu 'lampu hijau' Kabinet
MPSJ sedia berstatus bandar raya, tunggu 'lampu hijau' Kabinet

SUBANG JAYA, 30 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijangka berstatus bandar raya seawal tahun hadapan, kata Yang Dipertuanya, Noraini Roslan.

Katanya, permohonan menaik taraf status Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu sebagai bandar raya sudah diluluskan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri kini sedang melalui beberapa proses sebelum ke peringkat Kabinet bagi mendapatkan kelulusan.

[caption id="attachment_348477" align="aligncenter" width="733"] Norani Roslan dan Timbalan YDP MSPJ, Mohd Zulkurnain Che Ali memegang poster Semarak Seni Budaya MPSJ yang akan berlangsung dari 7 hingga 8 September ini. Foto SELANGORKINI[/caption]

"Apabila sesebuah PBT dinaiktaraf, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada Kabinet terlebih dahulu dan saya dimaklumkan mungkin September nanti akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan.

"Kita (MPSJ) juga sudah bersedia untuk dinaiktarafkan sebagai bandar raya sekiranya Kabinet bersedia memberi lampu hijau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil 8/2019 di Ibu Pejabat MPSJ, di sini, semalam.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengumumkan bakal menaik taraf MPSJ kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya dalam masa terdekat ini.

Berdasarkan kriteria ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MPSJ sudah memenuhi semua kriteria untuk dijadikan sebagai bandar raya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619