AGENDA

TPM: Kerajaan sedar naratif politik semasa

29 Ogos 2019, 1:05 PM
TPM: Kerajaan sedar naratif politik semasa
TPM: Kerajaan sedar naratif politik semasa
TPM: Kerajaan sedar naratif politik semasa

PUTRAJAYA, 29 OGOS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa yang menyaksikan rakyat mengharapkan sesuatu luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.

"Itu memang biasa dalam apa-apa situasi dan bagi kita kemenangan yang dicapai juga merupakan satu kejutan.

"Apabila sudah mengambil alih kerajaan, barulah kami dapat tahu realiti sebenar bagaimana situasi dana dan hutang yang dimiliki negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Ilmu Sri Satria: Politik Melayu Islam Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah akur kekurangan pengalaman pentadbiran yang dimiliki anggota Kabinet sekarang kecuali Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaksa mereka mendepani naratif semasa politik dalam keadaan mencabar.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan terus belajar serta mengambil kira semua aspek dan yakin pada akhirnya harapan rakyat boleh ditunaikan.

"Ini kali pertama kita (Malaysia) mengubah kerajaan, jadi berikan kami peluang dan masa untuk melaksanakan apa yang dihasratkan rakyat," katanya.

Berkenaan sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN)sedia menghadapi PRU-15 jika mengambil kira naratif semasa politik tanah air, Dr Wan Azizah berkata, ia masih awal untuk diperkatakan kerana tempoh untuk pilihan raya umum diadakan masih jauh.

Mengenai piagam UMNO-PAS yang akan dimeterai pada 14 September ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerjasama itu hanyalah satu perjanjian politik atas kepentingan parti politik berkenaan semata-mata, bukannya mencerminkan aspirasi rakyat.

Ia nyata berbeza dengan PAKATAN yang mahu melakukan yang lebih baik melibatkan aspirasi rakyat keseluruhannya, katanya.

Wacana Ilmu Sri Satria hari ini menampilkan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berlangsung di Sri Satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619