AGENDA

MIROS kaji selidik perkhidmatan teksi motosikal

28 Ogos 2019, 11:22 PM
MIROS kaji selidik perkhidmatan teksi motosikal

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menjalankan Kajian Persepsi Pengguna Jalan Raya Terhadap Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Teksi Motosikal bermula hari ini hingga 7 September ini.

Badan penyelidik itu dalam kenyataan berkata, kajian yang dilakukan secara dalam talian melalui pautan http://its.miros.gov.my/kajianteksimotosikal/ itu menyasarkan penunggang motosikal dan orang awam.

Katanya, ia bagi mengenal pasti tahap penerimaan pengguna jalan raya terhadap kebolehlaksanaan perkhidmatan teksi motosikal meliputi aspek keselamatan jalan raya, perundangan, aliran trafik, ekonomi, keselamatan sosial, kesihatan, budaya serta peralihan mod pengangkutan.

“Hasil dapatan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.

“Oleh itu, orang awam dijemput untuk menyertai kajian ini bagi menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pelaksanaan kajian itu susulan keputusan Jemaah Menteri pada 21 Ogos lalu yang bersetuju supaya perkhidmatan 'ride-hailing' berasaskan motosikal dibenarkan dalam melaksanakan Proof Of Concept (POC), di negara ini.

Bagaimanapun, keputusan berhubungnya akan dimuktamadkan setelah kajian terhadap aspek penting lain dikaji terlebih dahulu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619