PBT

MDKS anjur kem cungkil kepimpinan belia wanita

22 Ogos 2019, 4:20 AM
MDKS anjur kem cungkil kepimpinan belia wanita
MDKS anjur kem cungkil kepimpinan belia wanita

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menganjurkan program Kem Motivasi Remaja MDKS 2019 di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, baru-baru ini.

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat berkata, program membabitkan 40 belia wanita lingkungan 19 hingga 21 tahun sekitar Kuala Selangor itu bertujuan mencungkil bakat kepemimpinan.

"Belia terutamanya wanita perlu diberikan motivasi serta disuntik dengan semangat agar emosi, rohani dan jasmani mereka berkembang dengan seimbang.

"Justeru itu, MDKS turut sama mengambil peranan supaya golongan belia dapat bergerak seiring dengan pembangunan di daerah ini.

“Selain memberikan perkhidmatan perbandaran kepada warga Kuala Selangor, penekanan pengukuhan jati diri, iman dan akhlak yang menjadi benteng terbaik bagi golongan belia," katanya dalam kenyataan.

Rahilah berkata, program motivasi amat relevan dengan situasi belia ketika ini yang terdedah dengan pelbagai anasir negatif.

“Usaha murni membangunkan remaja tidak akan berjaya tanpa sokongan dan pembabitan berterusan daripada semua pihak terutamanya keluarga serta masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619