AGENDA

Dadah bernilai jutaan ringgit dirampas di Puncak Alam

19 Ogos 2019, 1:26 PM
Dadah bernilai jutaan ringgit dirampas di Puncak Alam

SHAH ALAM, 19 OGOS: Polis mengesahkan terdapat satu rampasan dadah bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, rampasan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Rampasan dan siasatan dijalankan oleh JKDM, oleh itu kami hanya mengesahkan ada satu laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor dibuat berhubung rampasan ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Difahamkan menerusi serbuan itu, JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 23,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain dengan berat dianggarkan mencecah 3,230kg.

Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM676 juta.

Sementara itu, jurucakap JKDM ketika dihubungi enggan mengulas lanjut penemuan dadah berkenaan dan memaklumkan satu sidang media akan diadakan esok berhubung kes tersebut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619