AGENDA

Sindiket penipuan pusat panggilan tumpas

15 Ogos 2019, 11:35 PM
Sindiket penipuan pusat panggilan tumpas

BANGKOK, 16 OGOS: Polis Thailand berjaya menumpaskan sindiket penipuan pusat panggilan dengan tertangkapnya 13 lelaki warga Taiwan yang menipu mangsa membabitkan sekurang-kurangnya 30 juta baht.

Ketua Biro Imigresen Thailand, Lt Jen Sompong Chidduang berkata, 13 rakyat Taiwan termasuk tiga wanita diberkas di sebuah rumah di Daerah Mueng di Wilayah Chonburi, kelmarin.

"Kami menerima maklumat dari rakan sejawatan dari Taiwan berhubung sindiket penipuan panggilan pusat ini yang menipu 21 mangsa sejak Oktober tahun lalu hingga sekarang," katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata, seorang mangsa ditipu membabitkan kerugian 7.2 juta baht.

Polis juga menemui 44 telefon bimbit, 43 telefon talian daratan dan 17 internet router, 10 komputer, komputer riba dan Voice Over Internet Protocol (VOIP).

Kesemua suspek ditahan di Bangkok sementara menunggu untuk proses deportasi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619