AGENSI

Relawan belia semarak semangat patriotisme

15 Ogos 2019, 2:50 AM
Relawan belia semarak semangat patriotisme

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan Relawan MBM (RM) sebagai nafas baharu terhadap gerakan kesukarelawan melalui gerak kerja berskala besar dan memenuhi keperluan semasa, di Wisma MBM, di sini, semalam.

Setiausaha Agungnya, Hasnul Haniff Harun berkata, inisiatif itu diambil dengan mengangkat semangat bulan kemerdekaan yang disambut pada Ogos setiap tahun bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan belia, di negara ini.

"Ia juga menyambut saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan pendidikan sivik di dalam sistem pendidikan negara.

"Di bawah Relawan MBM, terdapat pelbagai skop yang difokuskan antaranya pendidikan, khidmat masyarakat di komuniti, misi kesukarelaan bencana dalam dan luar negara, kesihatan mental dan sebagainya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sidang meja bulat diadakan bagi merangka pelan strategik membentuk badan sukarelawan berkenaan membabitkan penyertan agensi dan badan bukan kerajaan seperti Malaysia Relief Agency (MRA), MyCorps, MOVe, Volunteer Trip Malaysia serta Sukarelawan Siswa.

Dalam kenyataan sama, katanya, MBM turut membuka peluang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat selain menjadi sebahagian proses melahirkan pemimpin muda dalam lapangan kesukarelawan.

"Orang awam boleh menyumbang melalui Tabung Relawan MBM di akaun 5640 2540 3782 (Maybank Berhad) bagi menggerakkan aktiviti Relawan MBM," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619