AGENDA

Pertimbang larang kenderaan berat guna jalan raya semasa cuti serentak

11 Ogos 2019, 6:12 AM
Pertimbang larang kenderaan berat guna jalan raya semasa cuti serentak

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Kerajaan berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk melarang kenderaan berat menggunakan jalan raya pada musim perayaan yang jatuh pada cuti sekolah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kebiasaannya larangan kepada kenderaan berat hanya dikuatkuasakan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina setiap tahun.

"Hari raya kali ini bersama cuti sekolah maka timbul kesesakan di luar dugaan, mungkin di mana hari perayaan bertembung dengan cuti sekolah, maka larangan (menggunakan jalan raya) kepada kenderaan besar perlu dipertimbangkan pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika menghadiri Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah di Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kesesakan teruk aliran trafik di beberapa lebuh raya utama semalam ekoran orang ramai pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha.

Bernama sebelum ini melaporkan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur yang menjadi laluan utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur dijangka merekodkan 1.65 juta kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619