AGENDA

Selangor sedia jadi tuan rumah SUKMA 2022 - MB

10 Ogos 2019, 11:50 AM
Selangor sedia jadi tuan rumah SUKMA 2022 - MB

BANGI, 10 OGOS: Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi Kerajaan Negeri sedia digerakkan bagi melancarkan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 sekiranya Selangor diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah temasya dwi tahunan itu.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pada masa ini Kerajaan Negeri sedang giat berusaha untuk mendapatkan hak penganjuran itu.

"Kita memang sedang melobi di peringkat tertinggi untuk menjadi tuan rumah SUKMA yang kali terakhir kita menjadi tuan rumah tahun 1998 dan Insya Allah selepas lebih 20 tahun kita dapat sekali lagi jadi tuan rumah.

"Kita harap Selangor menjadi tuan rumah terbaik dan ini menjadi platform kepada atlet untuk menunjukkan prestasi terbaik mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) Ke-13 di RHR Hotel Uniten Bangi, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, selain menjadi medan terbaik untuk atlit, SUKMA juga memberi pengalaman berguna kepada PBT dan agensi Kerajaan Negeri menganjurkan temasya sukan kebangsaan terbesar itu.

Amirudin turut meluahkan keyakinan, Selangor mampu menjadi tuan rumah terbaik kejohanan itu nanti.

Sebelum itu, EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, Selangor berpotensi besar untuk menjadi tuan rumah sepanjang penganjuran SUKMA sejak lebih 20 tahun lalu.

Katanya, ini kerana Selangor memiliki pelbagai kemudahan di samping para pegawai berpengalaman luas dalam penganjuran acara sukan besar.

"Saya yakin Dato' Menteri Besar akan melobi dan dibantu Menteri di Persekutuan, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk kita menjadi tuan rumah nanti," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619