AGENDA

Rakyat Malaysia ditangkap seludup syabu

1 Ogos 2019, 9:05 AM
Rakyat Malaysia ditangkap seludup syabu

KUALA LUMPUR, 1 OGOS : Polis mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan kerana dipercayai terbabit menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat enam kilogram di Kalimantan, Indonesia, pada 16 Julai lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penahanan lelaki yang dipercayai berasal dari Tawau, Sabah itu selepas dihubungi Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

"Namun maklumat lanjut berhubung kejadian belum diperolehi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, suspek kini masih berada di negara berkenaan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan dengan mengenal pasti sekiranya suspek mempunyai rangkaian dengan sindiket penyeludupan dadah di negara ini.

“Kita masih meneliti maklumat yang diperolehi oleh pihak POLRI bagi mengenal pasti rangkaian penyeludupan dadah berkenaan ,”katanya.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan seorang rakyat Malaysia antara lima individu yang ditahan di Kalimantan Timur kerana disyaki cuba menyeludup masuk dadah di negara berkenaan.

Laporan tersebut mendedahkan rakyat Malaysia berkenaan adalah dalang yang berperanan menyeludup masuk dadah ke negara republik itu. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619