AGENSI

Cawangan LZS UTC Shah Alam mula beroperasi

1 Ogos 2019, 3:58 AM
Cawangan LZS UTC Shah Alam mula beroperasi

SHAH ALAM, 1 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memulakan operasi cawangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seksyen 14, di sini hari ini berikutan penutupan operasi cawangan Kompleks PKNS, pada 8 Julai lalu.

LZS dalam kenyataan memaklumkan, cawangan baharu itu akan beroperasi mengikut waktu ditetapkan pengurusan UTC, iaitu pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 petang hingga 10 malam, sementara Sabtu dan Ahad bermula 8 pagi hingga 5 petang.

"Bagaimanapun, waktu operasi ini khusus di cawangan UTC sahaja, manakala waktu operasi di 26 cawangan LZS adalah seperti biasa.

"Pembukaan cawangan ini adalah inisiatif kami bagi memudahkan masyarakat terutama di kawasan sekitar untuk berurusan dengan LZS di luar jangkauan waktu pejabat dan hari cuti," katanya.

Antara perkhidmatan disediakan temasuk urusan taksiran zakat dan bayaran zakat, khidmat rundingan berkaitan agihan zakat, fidyah, wakaf, sedekah serta wang tidak patuh syariah.

LZS cawangan baharu berkenaan turut menyediakan saluran pembayaran zakat melalui kad kredit Islamik dan debit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619