ADN

Kerja mitigasi banjir di Rawang sedang giat dijalankan

31 Jul 2019, 4:38 AM
Kerja mitigasi banjir di Rawang sedang giat dijalankan
Kerja mitigasi banjir di Rawang sedang giat dijalankan

RAWANG, 31 JULAI: Kerja mitigasi bagi mencegah banjir di Jalan Kawasan Perindustrian Rawang kini sedang giat dijalankan, kata Ahli Dewan Negerinya, Chua Wei Kiat.

Beliau yakin kejadian banjir kilat yang berlaku pada 22 Julai lalu adalah kejadian terakhir bagi penduduk membuat aduan di media sosial.

"Sebelum ini memang kita sering menghadapi masalah banjir kilat, namun ia tidak teruk seperti dahulu lagi.

"Buat masa sekarang Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melebarkan Jalan Kawasan Perindustrian Rawang dan menaik taraf Sungai Gong, dan dijangka selesai menjelang 2021," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke lokasi kejadian banjir kilat bersama Jabatan Pengairan Saliran, JKR, Majlis Perbandaran Selayang dan Pejabat Tanah Gombak.

Pada masa sama, Wei Kiat berkata, jambatan haram yang dibina pada anak Sungai Gong berhampiran tol Rawang akan dirobohkan dalam usaha mengurangkan kesan banjir.

"Cadangan perobohan itu dibuat ekoran palong bawah jambatan itu tersumbat dengan sampah yang menghalang kelancaran air.

"Didapati jambatan itu dibina tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dan tiada penyelenggaraan dilakukan di kawasan itu," katanya.

Katanya, kesan banjir juga akan berkurangan selepas projek kolam takungan banjir di bawah seliaan JPS Gombak siap, pada September ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619