AGENDA

Malaysia akan bekerjasama dengan Turki

30 Jul 2019, 11:29 AM
Malaysia akan bekerjasama dengan Turki

BUKIT MERTAJAM, 30 JUL : Malaysia akan bekerjasama dengan Turki bagi memperhebatkan lagi industri pertahanan negara, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, Turki merupakan sebuah negara yang amat dikagumi akan kehebatannya menerusi bidang pertahanan dan Malaysia akan bekerjasama untuk menerokai bidang terbabit dalam meningkatkan aspek pertahanan.

"Turki sememangnya maju dalam industri ini, industri pertahanan mereka bertaraf NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dan menerusi kenyataan yang dibuat Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lawatan ke negara itu baru-baru ini, mereka sudi dan bersedia untuk bekerjasama dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang ‘Sirih Pulang Ke Gagang’ di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam di sini hari ini.

Katanya antara kerjasama bersama Turki itu termasuk merancang membeli peralatan yang sesuai bagi aset kegunaaan di negara ini.

Mohamad Sabu berkata pada peringkat awal ini kerajaan kemungkinan akan meneliti alat-alat pengangkutan dan lain-lain dari negara itu.

Dalam lawatan yang turut dihadiri Mohamad, Erdogan mengalu-alukan syarikat Malaysia untuk melabur lebih banyak di Turki terutamanya dalam industri pertahanan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada mempertahankan jawatan atau sebaliknya pada pemilihan parti itu akan datang. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619