AGENSI

1,000 kg sampah dikutip dalam tempoh 3 jam

28 Jul 2019, 7:13 AM
1,000 kg sampah dikutip dalam tempoh 3 jam
1,000 kg sampah dikutip dalam tempoh 3 jam

KLANG, 28 JUL: Sekurang-kurangnya 1,000 kilogram sampah berjaya dikutip dalam tempoh tiga jam ketika program 'River Guardian For a Better Tomorrow' di Taman Awam Pengkalan Batu, di sini.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin berkata, program julung kali dianjurkan dengan pembabitan komuniti itu diadakan melalui Projek Selangor Maritime Gateway (MSG).

"Saya berasa begitu aman melihat persekitaran di Taman Awam Pengkalan Batu ini yang sesuai untuk aktiviti beriadah, jadi adalah penting untuk kita menjaga persekitaran ini agar kekal ceria dan bersih.

"Saya berharap penganjuran program jalinan masyarakat ini dapat memupuk semangat kerjasama dan cintakan sungai dalam kalangan penduduk juga pengunjung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Gotong Royong Taman Awam Pengkalan Batu 'River Guardian For a Better Tomorrow', di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin.

Syaiful berkata, sehingga kini sebanyak 50,000 tan metrik sampah telah berjaya dikeluarkan dari Sungai Klang dalam operasi pembersihan bermula sejak 2016.

"Secara tidak langsung, visi untuk menghidupkan kembali Sungai Klang mula menampakkan hasil yang positif.

"Malah taraf kualiti air yang sebelum ini berada di kelas lima telah meningkat ke kelas tiga iaitu daripada status kotor kini semakin pulih," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619